wpe2.jpg (4688 bytes)

 

Sekolah Tuanku Muhammad dipecahkan kepada dua iaitu Sekolah Tuanku Muhammad untuk murid-murid peringkat menengah dan Sekolah Tunku Munawir untuk murid-murid peringkat rendah. Peristiwa ini berlaku pada 01 Oktober 1958. Namun begitu ia masih beroperasi di dalam bangunan dan kawasan yang sama.

Nama sekolah ini diambil sempena Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Munawir yang pada masa itu bergelar Tunku Muda Serting sebelum memegang gelaran Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Peningkatan jumlah murid serta meletakkan dua sekolah di kawasan dan bangunan yang sama makin kelihatan tidak praktikal. Ledakan peningkatan jumlah murid bermakna juga memerlukan bilik-bilik darjah tambahan yang banyak disamping keperluan kemudahan yang lain. Keadaan ini berjalan hingga ke satu tahap yang terpaksa dibuat perubahan.

Usaha-usaha membina bangunan baru berasingan dimulakan pada 11 Mac 1974. Lokasi yang dipilih ialah di Bukit Kampung Gentam. Kerja-kerja membina bangunan berjalan lancar dan siap pada 23 Disember 1979 dengan perbelanjaan RM 527 000.00

Pada 16 Januari 1978 Sekolah Tunku Munawir yang baru di Kampung Gentam mula beroperasi sepenuhnya. Kemudian ia dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Munawir, Kuala Pilah. Awal tahun 1997 bila Kementerian Pendidikan membuat penyelarasan ia dikenali pula dengan Sekolah Kebangsaan Tunku Munawir, 72000 Kuala Pilah.

 

 wpe4.jpg (12525 bytes)

NAMA

TARIKH BERKHIDMAT

Tengku Syed Jong bin Tengku Syed Ayot

Januari 1958 hingga April 1961

Mr. P. Appukutten

Mei 1961 hingga Februari 1970

Mr. S. Thirugnanam

Mac 1970 hingga September 1979

Hj. Mohd Nor bin Abd. Manaf

Januari 1980 hingga Disember 1984

En. Abd. Malek bin Atin

Januari 1980 hingga Disember 1984

En. Ramly bin Othman

Januari 1985 hingga Disember 1997

Hj. Ibrahim bin Jahaya

Novembe 1987 hingga Disember 1993

Hj. Zainordin bin Sabudin

Disember 1993 hingga September 1997

En. Yaacob bin Salleh

Oktober 1997 hingga sekarang

[ sejarah sekolah ] [ piagam pelanggan ] [ carta organisasi ]  [  program kecemerlangan UPSR ]  [ aktiviti PIBG ]